LATAR BELAKANG

Kertas Putih telah didaftarkan pada 26 September 2018 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 2018. Ianya adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya.

Pada dasarnya, syarikat berkecimpung dalam bidang percetakan. Syarikat juga membekalkan pelbagai peralatan pejabat dan pemasangan billboard di mana pelanggan syarikat adalah terdiri daripada  sektor kerajaan, swasta dan persendirian.

Sebelum Kertas Putih didaftarkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan secara sambilan selama 4 tahun bagi menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan ini dan fotografi. Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, pemilik telah memutuskan untuk menubuhkan syarikat percetakan ini.

VISI

Menjadi sebuah Syarikat Percetakan milikan Bumiputera yang berdaya saing, professional dan terbaik selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

MISI

Menghasilkan produk yang berkualiti dengan tawaran harga yang berpatutan, memberi khidmat percetakan selaras dengan dunia berteknologi tinggi serta rundingan cara yang efisyen kepada pelanggan dan rakan niaga serta komited untuk pertingkatkan mutu perkhidmatan secara berterusan.